Assalamualaikum ^_^
Sudah sampai masanya mahu mendedahkan penamat cerpen ini.Lepas ni,mungkin ada lebih lagi benda menarik yang akak di post.Jadi,followlah! ;) Kalau ada sesiapa yang belum baca sepenuhnya cerpen ni,iaitu bahagian 1 dan 2 bolehlah survey balik
_________________________________________________________________
Sudah sampai masanya mahu mendedahkan penamat cerpen ini.Lepas ni,mungkin ada lebih lagi benda menarik yang akak di post.Jadi,followlah! ;) Kalau ada sesiapa yang belum baca sepenuhnya cerpen ni,iaitu bahagian 1 dan 2 bolehlah survey balik
_________________________________________________________________
“Kakak,itukan Ifzul dan Sarra
Wardona.Mereka kena rompaklah kakak.Marilah kita tolong mereka!”perlahan
Amaliena berbisik kepada kakaknya.
“Hei!Apa kamu semua buat!Merompak
orang?Opss..maksud saya,awak semua merompak budak sekolah untuk dapatkan duit?Oh,kesiannya.”peril
Amyliena.Semua lelaki tadi memandang kea rah pasangan kembar tersebut.Suara
lantang yang keluar dari mulut kakaknya membuatkan Amaliena terkejut dan
mulutnya terlopong besar.Namun,cepat-cepat dia menutup malunya dengan
menyambung percakapan kakaknya.
“Eh,ini samseng kampung
dusunkah?Atau samseng jalanan yang selalu mengemis?Mungkin kamu semua Samseng
Bapuk?Saya lihat cara pemakaian kamu semua seperti lelaki lembut.Oh,sangat
lembut!”ejek Amaliena.
“Hei!Berani kamu mengejek nama
kumpulan kami!”seorang daripada samseng itu bersuara.Ternganga Amaliena
mendengar samseng itu berkata begitu.
“Ja..di nama kumpulan kamu Samseng
Bapuk?”tergagap Amaliena bertanya.
“Nama kumpulan kami ialah Samseng
Bujang Bapuk!Kami samseng yang paling bergaya dan semua orang takut dengan
kami!Semua ahli Samseng Bujang Bapuk juga mestilah ‘single and available’,”samseng
tadi bersuara lagi.
“Hei!Siapa mahu takut dengan
samseng yang lembut.Pasti apabila tumbuk orang pun seperti terkena pukulan oleh
bantal yang empuk.Memang kamu semua tidak sesuai jadi samseng!Hahaha,nama
kumpulan pun sudah boleh buat orang ketawa,bagaimana mahu takut?”ujar Amyliena
dengan ketawanya yang semakin menjadi-jadi.
“Berani kamu mengetawakan kami
semua!Guys,kerjakan mereka berdua!”dengan pantas,semua samseng itu meluru
kearah mereka berdua.
“Hiyaaahhh!”
“Wachaaaa!”
“Yahhhhhh!”
Lorong itu menjadi riuh dalam
sekelip mata.Ifzul ternganga mulut dengan luas apabila melihat Amaliena menukar
penampilan orang dengan menggunakan kilauan merah jambu.Namun,pelik sekali
apabila melihat Amaliena menggunakan bulu burung untuk bersin.Setiap kali dia
bersin,kilauan merah jambu itu akan mengelilingi sasaran.
Sarra melopong mulutnya melihat
Amyliena melompat-lompat tinggi seperti ahli pasukan sorak yang handal.Terangguk-angguk
kepalanya mengikut rentak Amyliena.Amyliena juga senang mengelak samseng yang
menyerangnya dengan begitu mudah seperti sudah tahu akan strategi mereka.Memang
hebat dan sungguh bergaya.
“Haaachuuuuu”
Tiba-tiba kilauan merah jambu itu
mendominasi lorong dan mengubah penampilan semua orang menjadi pelik.Semua yang
beraksi tadi terhenti terus perbuatan mereka.Masing-masing tergamam habis dan
terkebil-kebil kerana tidak tahu apa yang terjadi
“OMG!Teruknya fesyen ini!Arghh!Saya
tidak sanggup pakai pakaian ini!Oh,betul-betul tidak boleh percaya!”suara Sarra
telah mengejutkan semua orang kea lam nyata.
“Mak!Teruknya baju ini!Fesyen
paling pelik dan sangat memalukan untuk dipakai!Bagaimana baju zaman batu ini
boleh tersarung di badan saya?”suara samseng tadi pula
kedengaran.Namun,Amaliena masih tidak berhenti bersin.Pakaian dibadan pun
bertukar-tukar jadinya.
‘Ini tidak boleh jadi.Pasti
Amaliena sudah demam selesema kerana mandi air sejuk lagi.Saya harus cari jalan
menyelesaikan semua ini’kata hati Amyliena.Dia terus lompat tinggi ke langit
dan mendarat di pintu masuk kedai tali.Dia membeli tali yang tebal dan terus
melompat ke lorong itu kembali.
“Dengan kuasa superhero akan
mengikatmu!”jerit Amyliena.Semua samseng tadi ketakutan dan mengambil keputusan
untuk lari.Bunyi bersin dan kilauan merah jambu itu tidak mereka peduli.
“Jangan ingat begitu mudah kamu
semua mahu melepaskan diri”ujar Amyliena.Dengan kebolehan dia melompat,semuanya
berjaya diikat.
‘Baiklah sekarang hanya tinggal
Amalien sahaja.’ujarnya dalam hati.Amyliena menggaru kepala.Tiba-tiba dia
melompat pula menuju ke rumah dan mengambil ubat tidur di cabinet dan melompat
semula ke lorong tersebut.
“Amalien nganga mulut luas-luas
ok!”arah Amylie.Apabila Amalien mengangakan mulutnya,ubat itu disumbat masuk ke
dalam mulut adiknya dengan ganas.Beberapa saat selepas itu,Amalien pengsan dan
disambut oleh Amyliena.Bunyi bersin itu pun berhenti.Ifzul dan Sarra yang
sedari tadi mendiamkan diri,bersuara.
“Amyliena,terima kasih kerana
menyelamatkan kami.Saya pun sudah menelefon polis sebentar tadi”ucap
Ifzul.Amylie hanya tersenyum dan mengangguk.
“Hmm,awak melompat sangat
tinggi.Apa yang baru terjadi sebentar tadi?”tanya Sarra kebingungan.
“Awak semua tidak mengingati
apa-apa”ujar Amyliena sambil menaburkan serbuk kepada mereka berdua termasuklah
Samseng Bujang Bapuk.
Serbuk itu diberi oleh mamanya
secara rahsia untuk kegunaannya apabila dalam kesusahan. ‘Nampaknya serbuk itu
memang berguna’Serentak itu Amyliena mendukung Amaliena dan melompat tinggi
lalu hilang di sebalik awan.
“Eh,apa sudah jadi?Mengapa samseng
itu tiba-tiba diikat?Bukankah tadi mereka baru sahaja merompak kita?”soal Ifzul
bertalu-talu.
Tidak lama selepas itu,polis datang
dan memberkas mereka.Samseng Bujang Bapuk ditahan kerana telah membuat banyak
kesalahan dan hukuman berat dikenakan.
“Begitulah
ceritanya.Hahaha..,”Amyliena mengakhiri ceritanya.Amaliena mencebik dan Nek Jah
tersenyum bersama Enmam Mainbong.
“Menyesal saya mandi air sejuk pagi
itu.Kalau tidak,saya pon boleh beraksi sama.Saya memang alergik dengan fesyen
yang dipakai Samseng Bujang Bapuk itu.Ish!Seram rasnya mahu mengimbas
kembali”ujar Amaliena sambil menggeleng perlahan.
“Nek Jah berbangga dengan kamu
berdua.Memang ada bakat menggantikan ‘Superwoman’ tetapi versi muslimah.Selepas
ini,kamu berdua mahu menumpaskan penjahat lagi?Masih mahu menjadi ‘Superhero
paling Gorgeous’?,”tanya Nak Jah.
“Eh!Mestilah Nek Jah!Memang seronok
pengalamannya dan banyak pengajarannya.Contohnya jangan mandi air sejuk
selalu,”sempat Amyliena memerli adiknya.Amaliena menjelir lidahnya.
“Eleh!Mahu saya tukar baju kakak
menjadi kostum badutkah?”ugut Amaliena.
“Oh,tidak mengapa.Kakak tidak
berminat.Terima kasih sahajalah”ujar Amyliena sambil mengoyangkan kedua-dua
tanganya ke kiri dan kanan.
“Mama bangga sangat dengan anak
mama”tiba-tiba Enmam bersuara.Pasangan kembar itu memandang ke arah mama
kesayangan mereka serentak.Spontan mereka memeluk mama mereka.
“Ehem.Nek Jah siapa mahu
peluk?”perlahan Nek Jah meminta simpati.Mereka berempat berpelukkan
bersama.Tiba-tiba kedua-dua kembar itu berdiri tegak dan berikrar di hadapan
Enmam dan Nek Jah.
“Saya Amyliena..”
“Dan saya Amaliena..”kata-kata
kakaknya disambung.
“Kami berjanji akan menjadi
Superhero paling Gorgeous dan akan menumpaskan semua penjahat selagi hayat
masih ada”serentak suara mereka menjadi satu.Mereka berdua memandang sesame
sendiri dan tersenyum manis.
“Mama,kami mahu kostum superhero
kami sendiri ok!”Amyliena berkata pada mamanya.Enmam mengangguk dan serentak
terburai ketawa mereka semua
Tamat~:D ~Ainaaaaaa
Tamat~:D ~Ainaaaaaa
No comments:
Post a Comment