Sunday, 23 June 2013

Aku mahu Dikenali bab 3 & 4 :3

hei kroang.. assalamualikum..
 NI SAmbungan  cerpen aku mahu dikenali.. ade ke yang bace :P  SO enjoy it!
**************************************************************************

Aina: awak sedang buat apa
Ziela: saya sibuk lah Aina.. nanti saya mesej awak lagi.




 
Bab 3.



 
Melihat balasan SMS dari Ziela, aina semakin sedih, “tidak apa, mungkin dia benar-benar sibuk” gerutu hati aina memujuk dirinya sendiri.
Selang beberapa minit kemudian.. “tet tet” aina menerima khidmat pesana ringkas dari Ziela.. bertapa gembiranya dia lalu mencapai blackberry nya.
Ziela: aina, saya tidak sempat buat latihan sejarah itulah.. awak bawakkan awak punya esok.. saya mahu copy..
aih? Apa kena dengan ziela..sebelum ini tidak pernah dia minta mahu tiru jawapan aku?” aina berteka sendiri.
Dia membalas kembali
Aina: okey.
Sepatah dijawabnya tanda dia protes secara halus dengan sikap ziela yang berubah . kemudian dia menunggu mesej dari Ziela, masih tiada jawapan, “ahh sudahlah” gerutu aina lalu mencampakkan blackberry kesayangan di atas katil, mujur  di atas katil.. kalau di atas lantai mahu dia menangis 40 hari 40 malam menangisi nasib!

Malam itu, seusai makan malam, Ziela seperti bingung dengan diri sendir, apa yang dibuat seperti tidak menjadi, dia melilau-lilau di dalam bilik lalu merebahkan diri di atas katil “apa kena denga aku hari ini? Macam ada yang kurang?” Ziela berteka sendiri, sedang berteka-teka dia terlelap dengan keadaan belum mandi selepas pulang dari Mid valley bersama The LLG itu!  Memang sikap Ziela berubah sedikit demi sedikit selepas mengecapi popularity!

*
BAB 4
“hai!” sergah Ziela dari belakang Aina yang sedang asyik termenung menongkat dagu, Aina menoleh lalu tersenyum dengan  senyuman yang dibuat-buat iaitu “fake smile”  “ sudah bawa nota yang saya mahu pinjam?” Tanya ziela dengan tergesa-gesa.. “Nampak sangat dia mahukan nota bukan mahu menegur” gerutu aina,, “ini” kata aina sambil menghulur nota sejarah yang dijanjikan. Ziela seperti buat tidak kisah melihat reaksi kawan baiknya yang kelihatan murung, sebelum ini, jika aina bermuka masam pasti Ziela segera bertanya tapi kini?
Selepas menyambut huluran buku itu, Ziela terus meniru segala isi buku itu, memang contoh yang tidak baik sebagai murid yang disegani, ! aina sekadar memandang sikap kawannya itu.. “ hei babe! Petang ni ya! Di Pavi” tegur kuza sambil merangkul bahu Ziela yang sedang sibuk meniru buku aina, “okay!” jawab ziela gembira, Aina hanya memandang dan berharap Ziela mengajaknya bersama namun sangkaan aina hampa, tiada sebarang reaksi  daripadanya malah Ziela hanya bermuka selamba lalu menyambung kerjanya tadi.

Sewaktu Seni, sepatutnya Aina berpasangan dengan Ziela tetapi sikap Ziela seperit tidak disangka-sangka, dengan selamba dia menarik kerusi lalu duduk bersama Myra dan Kuza, tanpa disangka juga Aina menitiskan air mata melihat sikap Ziela, Ramlah juga menyedari sikap Ziela, ramlah yang juga sekelas dengan Aina segera mengajak Aina berkumpulan dengannya.

Sepulang Sekolah

“ziela! Saya ingin bercakap dengan awak sebentar” aina menegur Ziela yang rancak bergossip dengan The LLG, sejak bila Ziela suka bergossip? “oh okayh” jawab ziela lalu membuntuti Aina sehingga di kantin. “apa dia?” Tanya Ziela tergesa-gesa sambil bercekak pinggang. Sikap Ziela juga berubah, dia menjadi seorang yang tidak sabar dan tidak seceria dulu, lebih parah dia bercakap tanpa memandang muka aina! Sungguh sadis! “saya,, awak.. awakk” aina gugup.. dia menangis. “ hei come on!” Myra memanggil Ziela yang masih menunggu jawapan dari Aina. “eh awak beritahu nanti saja .. nanti awak Sms saya.. bye-bye” ziela meninggalkan Aina yang masih terpinga-pinga… Lansung tiada rasa bersalah dalam diri Ziela meninggalkan Aina seorang diri, Ziela seperti disihir!
********************************************************************8
sadis kan kisah ni? nak tahu selanjutnya? tunggu entry akan datang yer :X
xoxo:isha

No comments:

Post a Comment