Wednesday 19 June 2013

Beware of JEREBU!

Assalamualaikum......
Its me Bubblegum INTAN......

Hye kwn2 semua....... just nak update pasal jerebu....Malaysia kini dilanda jerebu!  Ianya disebabkan kebakaran hutan di Sumatra. Kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak. Mudah2an hujan turun bagi mengurangkan masalah jerebu yang melanda malaysia kini...kawan2 perasan tak? la ni kalau kita keluar cuaca macam suam2 kuku aje.....tapi berbahang! Itulah dia JEREBU, jarak penglihatan pun semakin tak jelas..... mata pun terasa gatal aje....memang tak selesa. Just nak refresh pasal jerebu, bagi kawan2 yang kurang faham apa itu jerebu?

Apakah Itu Jerebu?
Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri . Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.

Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
Pembakaran terbuka
Pembukaan tanah
Penggunaan kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia

Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia  
IPUPENGKELASAN
0 - 5Sihat
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
> 300Berbahaya
Moga kawan2 lebih berhati2 dan take careDone!

2 comments:

  1. Yeah.. tadi pun diumumkan dah 100++

    ReplyDelete
  2. Tulah pasal...harap semua kawan2 banyak minum air... dan kurnagkan aktvt luar rumah....

    ReplyDelete