Sunday, 30 June 2013

Cerpen: Aku Mahu Merubah Diriku

Assalamualaikum, 

Ini ialah sebuah cerpen nukilan Hebakamnur. Maaflah jika cerpen ini tidak dapat menghiburkan hati anda semua. Dipersilakan baca...


          Shaza membaca soalan yang tertera di kertas soalan itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Memang sudah sah yang Shaza tidak tahu jawapannya. Shaza Nursara, seorang gadis yang tomboi dan pemalas. Walaupun dia tahu yang aka nada peperiksaan, dia masih lagi keluar dari rumah untuk bersuka-ria. Ibu bapanya terasa hendak naik darah sahaja untuk menasihati Shaza. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah jalan otak Shaza. ''Masa tinggal lima minit sahaja lagi." Kata Cikgu Sahilah dengan tegas. 'Alamak! Macamana ini. Sudahlah aku tidak membaca buku semalam. Hissshhh.' Kata Shaza didalam hatinya. ''Masa sudah tamat. Ketua dan penolong ketua kelas sila mengutip kertas jawapan murid-murid.'' Cikgu Sahilah bersuara semula. Shaza sudah buntu fikiran. Dia terpaksa tinggalkan dua mukasurat kertas soalan itu dengan kosong.
   Selepas tamat sesi sekolah, Bazilah berlari pecut kearah Shaza dengan laju. Dia menyapa Shaza. ''Hey Syaz! What's upp?'' kata Bazilah dengan gaya orang putih. ''Aku tensionlah Baz, Tadi aku tidak dapat menjawab soalanlah. Satu benda pun aku tidak tahu. Aku takutlah markah peperiksaan aku teruk. Nanti terpaksalah aku dengar ceramah percuma dari ayah dengan ibu aku. Lagipun, UPSR semakin dekat.'' Syaza mengeluh. ''Eh Syaz, bila masa pula kau kisah tentang markah peperiksaan? UPSR kan empat bulan lagi. Sekarang kita enjoy. Last minute nanti kita ulangkajilah.'' Bazilah menghasut Syaza supaya tidak memikirkan tentang peperiksaan. ''Hmm… Okeylah. Eh! Sudah hampir pukul dua petang. Takut tertinggal bas pula.'' Syaza dan Bazilah berlari keperhentian bas Sekolah Sri D'wana. Mereka berkata didalam hati. 'Bas! Tunggu kami.'

J

''Syaza! Kenapa markah peperiksaan kamu teruk sekali? Tidak pernah kamu mendapat markah yang sekurang-kurangnya boleh menggembirakan hati ayah dan ibu. Apa hendak jadi dengan kamu? Setiap hari keluar bermain-main dengan kawan tomboi. Tidak bolehkah kamu duduk didalam rumah, pakai kain dan mengerjakan kerja-kerja rumah seperti gadis-gadis biasa?'' bertimba-timba soalan yang dilemparkan oleh ayah Syaza iaitu Encik Hairul. Syaza hanya menundukkan kepalanya kebawah. Dia takut untuk bertentangan mata dengan ayahnya. Ibunya hanya menunjukkan muka yang pilu. Syaza merasakan dirinya tidak berguna. Sudahlah UPSR semakin mendekat.

   "Syaza, mari kesini." Puan Hasnah memanggil Syaza dengan lembut. Syaza hanya berlari anak kearah Puan Hasnah. Puan Hasnah mengangkat sebuah kucing berwarna putih. Bulunya sangat lebat. Puan Hasnah berkata kepada Syaza. "Syaza suka kucing bukan? Mama dan papa membenarkan Syaza untuk membela kucing. Bukankah hari ini hari jadi Syaza? Walaupun keputusan peperiksaan Syaza teruk, mama tidak marah. Mama hendak kamu membela kucing ini dengan baik. Jaga kucing ini baik-baik. Mama juga mahu kamu berjanji yang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam UPSR." Syaza lantas memeluk Puan Hasnah dengan erat sekali. Dia terharu dengan ucapan ibunya itu. "Terima kasih mama. Syaza berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh supaya lulus dalam UPSR. Syaza juga akan menjaga kucing ini dengan baik. Syaza namakan kucing ini dengan nama Momo iya." Puan Hasnah hanya mengangguk. Puan Hasnah hanya mengangguk perlahan.

   Puan Hasnah memasuki bilik tidurnya. Dia mengambil sebuah buku yang berwarna ungu. Ungu, warna kegemaran Puan Hasnah dan Syaza. Hampir semua barang mereka berwarna ungu. Nasib baik muka masih berwarna putih! Bukku yang berwarna ungu itu ialah diari Puan Hasnah. Dia menulis sesuatu didalam diari itu.

Isnin                                                                                                              11 Jun 2013
        Tidak terasa yang masa berlalu dengan cepat. Syaza sudah meningkat dewasa. Aku juga semakin tua. Dan hari ajalku semakin dekat. Syaza masih tidak berubah walaupun sudah dimarahi papa. UPSR semakin mendekat. Aku tidak mahu Syaza mensia-siakan masa. Aku juga seperti Syaza semasa kecil dahulu. Aku tomboi dan juga tidak pandai. Aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran. Akibatnya, aku gagal di dalam UPSR. Ibu bapaku sangat kecewa. Lagipun kak long dan angah sudah dapat belajar di oversea. Aku sangat kesal. Apakah dayaku, "Nasi sudah menjadi bubur". Andaiku boleh memutar balik masa. Andai ini hanyalah mimpi semata-mata. Aku terperuk didalam bilik.

   Akhirnya sahabatku, Liyana Irah memujukku. Aku sedar yang gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Aku berusaha bersungguh-sungguh. Memperbaiki kesilapanku selama ini. Liyanalah yang telah memberiku semangat dan kata-kata dorongan. Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Liyana. Aku berharap yang Syaza juga mendapat sahabat yang menunjukkannya arah jalan yang benar. Aku mahu melihat kejayaan Syaza. Penyakit kanserku semakin teruk. Selama ini Syaza tidak mengetahui yang sebenarnya aku mempunyai penyakin kanser. Aku mahu Momo menemaninya sepanjang masa. Mungkin ini kali terakhir aku dapat berjumpa dengan Syaza.

 Puan Hasnah memotong ayat terakhirnya itu. Dia tidak tahu kenapa dia menulis begitu.

J

Syaza terdengar bunyi enjin kereta dinyalakan. Dia segera bangun dari tempat tidurnya. Dia ternampak ayahnya mengangkat ibunya yang berlumuran darah kedalam kereta. Syaza terus berlari kearah ayahnya dengan laju. "Kenapa ayah? Apa sudah terjadi kepada ibu?" ayahnya menjawab. "Penyakit kanser ibu sudah semakin teruk. Ibu perlu dihantar kehospital dengan segera. Kamu pergi bersiap sedia untuk kesekolah. Pakcik Rahman akan menghantar kamu kesekolah." Syaza memandang kearah ibunya yang tenat itu. "Ibu, jangan tinggalkan Syaza! Syaza janji akan mendapat 5A dalam UPSR." Syaza menangis teresak-esak. Encik Hairul memasuki kereta dan memandu kehospital terdekat. Syaza pergi bersiap-siap kesekolah. Dia berdoa agar ibunya tidak kenapa-napa.

   Bazilah melihat Syaza yang termenung. "Hey Syaza. Kenapa dengan kau ini?" Bazilah mula bersuara. Syaza menceritakan apa yang berlaku. Bazilah turut sedih mendengar apa yang berlaku kepada ibu Syaza. Bazilah berkata kepada Syaza. "Syaza, aku sebenarnya hendak beritahu kamu tentang sesuatu. Ibu dan bapa aku marah sangat dekat aku sebab aku dapat keputusan yang teruk. Apakata kita berubah dari sekarang. UPSR juga semakin mendekat." akhirnya Bazilah meluahkan apa yang dipendam didalam hatinya. Syaza mengangguk tanda setuju.

   Sejak hari itu, Syaza dan Bazilah selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Ibu Syaza juga semakin sihat. Pejam celik pejam celik, UPSR sudah tiba. Syaza dan Bazilah menjawab dengan penuh yakin.

   Beberapa bulan kemudian, keputusan UPSR telah dikeluarkan. Syaza datang kesekolah dengan ahli keluarganya. Syaza agak takut untuk mengetahui keputusannya kerana dia bimbang keputusannya teruk. "Tahniah Syaza, kamu berjaya mendapat 4A 1B." ayahnya berkata sambil menunjukkan sebaris gigi putihnya. Syaza seakan tidak percaya. Walaupun mendapat 'B' dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat 4A. Manakala Bazilah pula mendapat 3A 2B. Ibu Syaza turut gembira dengan kejayaan puterinya. Syaza dan Bazilah berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada ini.


             TAMAT

"Jika sudah baca, marilah comment. Hihihih"





     

No comments:

Post a Comment