Assalamualaikum.....
Its me Intan (Coffee break)
Its me Intan (Coffee break)
Masa untuk membaca
Membaca Jambatan Ilmu*********************************************************************************
“Apa?
Inalillahiwainailaihirojiun….”
Handphone masih dalam
genggaman mama.
“Abang, ummi dah tiada…..”
tercetus kata-kata itu dari mulut mama.
Namun aku melihat mama, begitu tenang, seperti kata-kata yang diucapkannya tiada memberi kesan dalam dirinya. Aku kehairanan!
Namun aku melihat mama, begitu tenang, seperti kata-kata yang diucapkannya tiada memberi kesan dalam dirinya. Aku kehairanan!
“Dah….tinggalkan semua ni,
tak payah mandi-mandi lagi terus pakai baju, jom cepat….” Papa memberi arahan.
Kami adik beradik
terpinga-pinga. Tak tahu apa nak dibuat. Hasrat hati hendak mandi dan kemudian
balik semula ke rumah Pak Teh bersama dengan Tok Wan, hanya seketika sahaja…..
kami baru sahaja menjejakkan kaki di rumah…Berita sedih ini tiba. Rumah Pak Teh dengan rumah kami tidak jauh lebih kurang 2 km aje…..kami dah beberapa hari
berkampung di rumah Pak Teh untuk menjaga Tok Wan, rasanya tiada mahu kami
berenggang dengan Tok Wan pada ketika ini tetapi kerana itulah takdirnya, kami
tidak dapat bersama Tok Wan di saat akhirnya.
Setiba di rumah Pak Teh……
Kami melihat sekujur tubuh
diselimuti oleh kain batik. Papa terus membetulkan jenazah itu. Mengikat
tangan, dan membetulkan kaki Tok Wan agar rapat. Aku melihat semuanya dengan
teliti. Orang masih belum ramai lagi, yang ada ketika itu hanya Pak Teh dan mak
Teh, Nek Lang dan Nek Yah, serta beberapa orang jiran.
“Dah buat report polis ke
belum?” papa bertanya kepada Pak Teh.
“Lum lagi….nanti dengan
Abang Long lah yer…” kata Pak Teh.
Akhirnya……selesai sudah
urusan pengkebumian Tok Wan. Dia pergi buat selamanya.
“Hoiiii…..apsal hang
mengelamun ni?” sergahan Aina Sofia mematikan lamunanku.
“Hampehhhh kau….terkezut
aku….”.
“Tak dalah …. Hang dari tadi
dok asyik menung aje…. Hang tahu dak yang Puan Masnah panggil hang…”, katanya
lagi dalam loghat utaranya.
“Ya ka….. aku dak dengaq
pulak….”. ejek ku dalam loghat yang sama.
“Mana hang pa nak dengaq
kalau hang asyik mengelamun… mamunnnn betul hang pa ni……” katanya sambil
menjuih bibirnya.
Okaylah…aku chowwwwwww dulu
ya….. kita jumpaq lagi….
jerit ku sambil berlari-lari anak.
jerit ku sambil berlari-lari anak.
Setiba di bilik guru….
Mata aku melilau mencari
Puan Masnah….. mana pulak Puan Masnah ni…. kata nak jumpa aku…. Bisik hati
kecilku.
“Awak ni Aireena… yang
tercegat kat situ apa hal?” kedengaran suara Puan Masnah.
“Ya Allah…Cikgu….terkejut
saya…” aku mengurut dada.
“Yelah….mana dia draft
cadangan yang saya suruh awak buat tu? Dah siap?”.
“Haaaaa…..Ya Allah! Terlupa plak
saya…memang dah siap tapi tak bawak…..kat rumah!”, aku tersengih malu.
“Haaa….. eloklah tu, rumah
awak nak baca yer…Dah esok bawak tau…” ujar Puan Masnah.
“Okay…promised! cikgu…” kata
ku dengan semangat.
“Ada apa-apa lagi Cikgu?”
“Tak da….. awak boleh masuk
kelas…” kata Puan Masnah sambil tangan sibuk menanda buku murid, tapi tak pasti
buku apa. Aku pun tak da hati nak ambil tahu….. hehehehhe….
Aku berjalan ke kelas….Ya
Rabb…aku boleh terlupa pasal draft cadangan Perkhemahan tu. Padahal aku yang
excited sangat nak buat perkhemahan tu. Aku yang memberi cadangan agar summer
camp tu dibuat di D’Kok Talang Kuala Pilah….tapi aku pulak yang terlupa. Macam
mana aku boleh lupa…getus hati kecil ku.
“Aireena….Aireena…..”.
Aku terdengar nama ku
dipanggil berkali-kali tapi tak nampak kelibat orang pun. Aku menoleh kiri dan
kanan. Laaa…mamat ni rupanya…mamat skema ni pulak… apahal pulak dia panggil
aku.
“Ada pe?” aku tanya acuh tak
acuh aje.
“Ehhh…boleh tak kita pegi
library sama-sama nanti…so boleh study sama,” ujar Daniel Qayyum, budak form 4A…ulat
buku sikit mamat sorang ni.
“Tak boleh lah…. Ada hal…,”
kata ku buat acuh tak acuh aje.
Nak jawap pun rasa malas.
Muka dah lah ala-ala aje….opssss tak baik tau…terlebey sudah…. Tapi mamat ni
memang pelajar contoh (puji sikit, kasi up), mamat ni dapat tawaran ke MRSM
Temerloh, tapi mamat ni tolak kerana mamat ni nak bersekolah di sini, SMKDJ.
Entah tak tahu kenapa. Kalau aku dah cabut…. Tapi ye lah aku baru nak ambik PMR…..kalau
ada chance memang aku nak duduk asrama. Dulu masa UPSR tak nak masuk walaupun
aku ditawarkan ke SBP… terror aku tu 5A dalam tangan! Riak nampak! Ya Allah…ampunkan
aku kerana keriakan aku sebentar tadi….bisik hatiku.
“Ttttapi….ada hal apa?
Janganlah hampakan abang…eh saya,” katanya tersipu-sipu malu.
Ya Allah skemanya ayat…betul-betul
nerd betul….
“Kalau nak suka kat orang,
suka berpada-pada, nak benci kat orang pun berpada-pada….nanti suka jadi
hancur, dan benci jadi suka….”, macam terdengar aje kata-kata mama kat telinga
aku. Berdesing. Zuppppp….macam angin pukulan Gaban menerjah masuk ke lubang
telinga menusuk ke gegendang ku.
“Tak nak…tak nak…..
terkeluar kata-kata itu.
“Apa yang tak nak ni…..,”
tanya Daniel Qayyum
“Eh…tak da lah…Tak da
apa-apa, cuma saya dah janji dengan Aina Sofia nak study dengan dia petang ni….”,
nampak sangat aku menipu. Hehehe…dah menipu pun boleh gelak sakan lagi, tanpa
rasa bersalah lagi! Manusia… manusia…..… lebih kurang syaitonnirajim… Ahli
neraka…. Nau’zubillah.
“Okaylah…saya nak masuk
kelas” aku berlalu pergi meninggalkan mamat tu terpinga-pinga.
Di dalam kelas…..
“Aireena, apasal lama sangat
kat bilik guru tu? tanya Nazween.
“Tak da lah lama sangat, Cuma
cakap dengan budak nerd tu yang lama….”, ujar ku selamba
“Haaaa….budak nerd????”
“Nerd yang mana?” tanya Aina
Sofia dari belakang.
“Laaa…. Kau ni memang macam
hantu kan…asyik-asyik timbul tanpa diundang…kau lahir bulan timbul ke
tenggelam?” entah apa soalan yang aku tanya.
“Hahahaha….bulan terang
purnama merindu…”, ujar Aina Sofia dengan bangganya.
“Purnama merindulah
sangatttttt….” Kataku sambil membuat ekspresi muka yang ayu sambil tangan
diletakkan di bahu.
“Eh…come back to the story…budak
nerd tu si Daniel Qayyum tu yer?” teka Nazween.
Ye le…sape lagi kat SMKDJ ni
yang nerd, tiada yang nerd melainkan dialah yang nerd….hehehehehe…”, gelak
sinis ku.
“Kau ni Aireen…..kalau nak
kutuk mulut tak da insurance langsung…nerd-nerd mamat tu…pelajar contoh tau….Kau?
Ada, dia ada?”, kata Nazween memberi pembelaan kepada anak guamnya dengan penuh
semangat dan jitu dan padat kena ke batang hidung aku. Baru padan muka aku!
“Okay….I’ m sorry….kata Amir
Raja Lawak….” Kataku selamba.
“Okay…..maaf Naz, bukan apa
aku bukan tak suka dia, tapi cuma tak berapa berkenan sangat….tak ada apa-apa
yang serious, tapi kalau kau minat kat mamat tu…ambiklah!”, sindirku lagi.
“Ya Allah… kau ni Aireen,
janganlah cakap macam tu, aku bukan apa, aku kesian kat mamat tu sebab semua
orang selalu buli dia, kata dia nerd, tapi hatinya baik tau… Kalau kau suruh
aku ambik pun dia bukan suka kat aku, dia kan suka kat kau….terimalah dia
dengan seadanya…”.
Debussshhhhhh….sebijik
tamparan kata-kata hinggap di muka ku yang ayu…ayu ke???. Kata-kata yang amat
tajam dan perit dari seorang yang bernama Nazween. Tak pernah dia sembur aku
dengan kata-kata pujangga merindunya itu. Aku terkedu seketika. Tiada ayat yang
mampu kuucapkan, terdiam seribu bahasa, sepi tanpa berita, ibarat posman mogok
sedunia, internet network unavailable, network server error di mana-mana, …..
Amboiiii pedasnya kata-kata kau Nazween….bisik hati kecil ku.
Aina Sofia memandang tepat
ke muka ku. Dia faham sangat kalau aku tak menjawap balas, itu bermakna aku dah
Knock Out….so pandai-pandai bawa diri!
“Bangun, Assalamualaikum
ustazah….” Kata Sulaiman Hamka mematikan perbincangan hebat kami.
Semua murid bangun dan
kemudian duduk kembali. Biasalah bila cikgu masuk semua diam, buat muka baik,
tapi belakang cikgu pijak gajah pun belum tentu mati…..
“Baiklah…semua murid boleh
duduk. Hari ini kita sambung tajuk semalam iaitu berkaitan akhlak. Okay…tolong
jelas pengertian akhlak dalam istilah? Ada sesiapa yang nak jelaskan? Sila
bangun...,” ustazah Rohani memulakan mukadimahnya.
Hamdani Illiya bangun dari kerusinya. Dengan
penuh bangganya menterjemahkan pengertiannya “Akhlak dari segi bahasa berasal
daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat, ya
ustazah”.
“Alhamdulillah….Terima kasih
Hamdani……”.
“Okay…dari segi istilah…siapa
yang tahu?” tanya Ustazah Rohani.
Mira Erani Hida bangun
dengan pantas dan menjawap dengan penuh
keterujaan…bangga lah tu…..”Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat
yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan
mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu manakala menurut Ibnu
Maskawih, Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan
perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu, ustazah”.
“Alhamdulillah….bagus Mira…penjelasan
kamu memang sangat terperinci. Rasanya tak payahlah ustazah jelaskan lagi…semuanya
memang dah jelas…so murid-murid yang lain faham tak?”
“Faham, ya ustazah…” alahai
skemanya kelas aku ni. Bagus-baguslah sangat akhlak korang tu…bisik hatiku.
Tersenyum sumbing! Macam ne pula senyum sumbing ni…ermmm ntahlah…senyum kambing
bolehlah aku bayangkan…ahhh…persetann dengan itu semua…..hehehehehe….
“Ustazah….saya nak tanya
satu soalan?” Nazween bingkas bangun dan menghamburkan kata-kata itu.
“Ermmmm….tanyalah Nazween…..”,
ujar Ustazah Rohani.
“Ustazah, kalau kita
membenci, mengutuk, mengeji dan macam-macam me yang negative kan ustazah, tapi
orang tu tak tahu…ianya termasuk dalam akhlak jugak ke dan apa hukumnya, ya
Ustazah”, pertanyaan Nazweem macam serampang dua mata aje, pukul anak sindir
menantulah tu….. siap kau Naz….berani kau bertanya soalan itu….adakah kau
menujukan pada ku? Cisss….bedebah kau Naz….jangan bagi Jebat mengamuk
sekampung, nanti buruk padahnya. Cakapku dalam hati aje…
“Bagus soalan awak tu
Nazween….”.
“Baik….apa-apa sahaja yang
berkenaan sikap dan perbuatan, ianya termasuk akhlak….jadi apabila kita
mengutuk, mengeji orang of course ianya melambangkan akhlak kita yang tidak
baik dan berdosa hukumnya mengutuk dan membenci orang, tambahan pula orang itu
tidak tahu….jadi kita perlu minta maaf dari orang yang kita benci dan kutuk
itu. Moralnya tak payahlah kita benci atau keji, atau apa-apa sahaja yang
seangkatannya kepada orang lain. Tak da faedahnya….faham….malah kita yang
berdosa…ahli neraka lah jawapnya….”, kata-kata ustazah Rohani jelas dan bernada
sedikit jenaka untuk memberi super impak kepada studentnya.
Ustazah Rohani memang sangat
disenangi oleh semua student especially Form 3A…kelas terTOP sekali….
Krinnngggggg…… bunyi loceng
bertalu-talu…..menandakan tamat waktu persekolahan.
Yessss…yessss….time’s up! siap kau Nazween…aku buli
kau…eh sejak bila aku jadi pembuli ni….hehehehehe….”
“Naz, kau mai kejap….”,aku
memanggil Nazween sambil mengemaskan beg aku.
“Ermmmm…Ada apa Aireen,…”
tanya Nazween tanpa rasa bersalah terhadapku. Eh…bersalah ke dia???
“Aku nak tanya kau dari hati
ke hati….apa maksud soalan kau tadi yer? Kau pukul anak sindir menantu yer? Kau….”
Belum habis kata-kata ku lagi Nazween membalas,” Eh Reen, aku mana ada anak,
apatah lagi menantu….. kau ni pun cakap biar elok-elok sikit…” ujarnya dengan
selamba aje….. Sakitnya hati aku. Seperti ditusuk sembilu, makan tak lalu,
hidup merapu, minum guna sudu, jiwa kacau selalu! Hisss….main-main pulak dia…. lain
yang aku maksudkan lain pula yang dia faham…. atau sengaja buat tak faham…Bengang
betul aku!
“Naz, tak payahlah nerd
sangat….kau faham maksud aku kan…kau sindir aku kan?”.
“Reen, tak adalah…aku bukan
tujukan pada kau pun, itukan topic yang kita belajar hari ni….. it’s a common
question…apa yang kau nak ambik port sangat…tak terlintas aku nak sindir kau,
tapi kalau kau makan cili, kau lah rasa pedasnya….Kau makan cili ke?”.
Ewah..ewah…lancarnya kau
bercakap yer Naz, macam facilitator Irwan Shah masa motivasi camp kat Brinchang
hari tu. Lancar aje kata-katanya….tiada semput pun….tiada trafficlight pun,
lancar aje selancar lebuhraya PLUS tanpa tol…hehehehehe…Boleh ke tak da tol????
“Okay….memang tak da maksud
kat aku yer…okay…your answer accepted…..”. kataku tapi macam tak puas hati aje.
“Okaylah Reen….aku cabut dulu….esok jumpa…”
“Ermmm…okaylah…”. “kalau aku
nak jumpa kau (dalam hati aje ayat ni keluar)”.
Hari ni bergerak agak lambat…Kenapa
yer? Mungkin hari ni hari yang teruk untuk aku…di asak bertubi-tubi oleh sahabat
baikku….baiklah sangat….tapi mama ada kata sahabat yang baik adalah sahabat
yang mampu menegur kita bila kita berada di landasan yang salah. Aku seperti
terbangun dari ammarah ku. Aku terkedu seketika. Adakah Nazween sahabat yang
dimaksudkan mama. Atau dia adalah musuh dalam selimut. Na’uzubillah…aku
berprasangka lagi. Tidak! Tidakkkk…aku tak mahu berprasangka begitu terhadap
sahabatku…Memang aku akui bahawa Nazween memang sering memperingatkan aku dalam
macam-macam keadaan. Dia memang selalu menenangkan aku di kala ammarah ku
melonjak. Dia menyirami aku dengan air di kala api kemarahan mengelodak di
sanubari ku, bukan dengan air longkang tapi dengan air mutlak yang suci lagi
menyucikan! Naz, maafkan aku…..satu kesedaran timbul dalam diri. Hahahahaha….syaitan
kau tidak mampu menguasai diriku lama-lama……nyah kau dari hidupku….. Ermmm…. Pasti
syaitan terjelepok mendengar pengakuan ku ini. Aku tersenyum.
Enam bulan telah berlalu
selepas kematian arwah Tok Wan…..
“Mama…masak pe hari ni?”
“Simple aje….ayam masak
merah, sup kaki ayam, kailan ikan masin, dan salad,” jawap mama.
“Kesian ayam….dari kaki
sampai ke kepala…abis kena masak…” kata ku berseloroh.
Mama tersenyum.
“Mama…ada sedikit
kemusyikan? Dah lama nak tanya tapi tak tertanya-tanya…” tanya ku…berapa banyak
punya tanya daaaaa…..
“Ermmm…apa dia?”.
“Ma, masa arwah Tok Wan
meninggal dunia, kenapa mama tak nangis pun? Mama tak sedih ke?”, tanya ku.
Serious bunyinya!
Mama terdiam. Tangan tetap
menyusun pinggan-pinggan di meja.
“Eccha…sayang mari makan
sini. Baby mana?” soalan ku tidak berjawap.
Mungkin mama sedang membuat
karangan ringkas kot untuk dicakapkan pada ku. AKu sabar menanti. Take it easy
bebbb….
“Mama….abby (baby) main ball…,”
suara eccha manja.
Adik comel ku itu yang baru
mula petah berkata-kata. Tapi masih pelat-pelat gitu… Namanya Qeysha Damira
Irah…sedapkan namanya…sedapkan…sedap3…tapi sayang tak boleh dimakan….. jangan
makan tau…tau…tau….. nanti aku bababbbb…..
“Hati siapa yang tak sedih
bila orang yang rapat dengan kita pergi buat selama-lamanya kn?” mama tanya
balik pada ku.
Aku mengganggukkan kepala….
“Tapi sebenarnya…..
Tungguuuuuu….apakah jawapan
mama?????
to be continued Part 2
No comments:
Post a Comment