Assalamualaikum.. ni hah! sambungan cerpen bab 2 :D enjoy it... appreciate it!
******************************************************************
******************************************************************
*
“hei
Aznita.. apa yang awak cuba lakukan? Mempelawa entah siapa makan bersama kita
di meja VIP?” Tanya Kuza sambil berjalan beriringan bersama Kumpulan LLG . “ I
know what I did” jawab Aznita dalam bahasa inggeris . Mana tidaknya, Aznita
sanggup mencemar duli sebagai ketua kumpulan LLG mempelawa orang biasa-biasa
seperti Ziela makan bersama, pelik!
Ziela
menggeleng melihat telatah kumpula LLG. “Ziela.. mahu tandatangan awak..”
seloroh Aina sambil tersenyum. “eh? Mahu buat apa?” Tanya Ziela. “iyalah.. awak
sudah popular..nanti bila sudahdisegani pasti awak lupakan saya.. mahu minta
tandatangan pasti susah kerana dijaga pengawal peribadi seperti itu” jawab Aina sambil memuncungkan mulutnya ke
arah aznita. “ada ada sahaja awak ni” Ziela ketawa. “eh borak-borak sudah
sampai di kantin.. awak mahu makan apa? Saya belikan..” Tanya aina kepada
Aznita. “suka hati awaklah saya ikut sahaja” jawab ziela tersenyum. Sepanjang
menunggu Aina, ziela asyik ditegur oleh murid Sri bangsar yang dia sendiri
tidak kenal, ada juga mempelawa makan bersama, ada ajak belajar bersama, ada
juga yang meminta nombor telefon! Ahh ini sudah terlebih! “Ziela.. come, join
us!” pelawa Kuza . Ziela terus menuju ke arah meja VIP The LLG lalu duduk sekali.
Aina tergesa-gesa membawa dua bungkus nasi lemak ke tempat dia dan ziela makan,
ziela tiada di situ, aina tergamam
melihat kelibat Ziela yang bergurau
senda dengan The LLG . Dia memandang nasi lemak itu dengan renungan kosong dan
hampa, dia sedih dan kecewa.
*
“awak!
Petang ni saya melepak bersama The LLG.. mereka mengajak saya ! di Mid Valley”
dengan nada gembira Ziela memberitahu.
Aina memperdulikan rakannya itu lalu berlalu keluar ke kelas. “kenapa dengan aina?” bisik hati
kecil Ziela. “lets her be” kata Myra sambil memaut bahu Ziela.
Aina
memandang kosong gambarnya dan Ziela yang tergantugn di dinding biliknya. Dia
kecewa melihat perubahan drastik
rakannya itu! Aina mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar khidmat pesanan
ringkas kepada Ziela.
*****************************************************************
nak tahu ape berlaku? teruskan bersama coretan pena.. sadis sungguh U_U
No comments:
Post a Comment