Wednesday 19 June 2013

TIPS : Belajar tanpa STRES!

Assalamualaikum....
Its me Bubblegum smiley Intan!

Ada satu topik yg boleh kita bincangkan.... harap2 kwn2 ada masa untuk sama2 berkongsi pendapat......Bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres. Ada sesiapa yang boleh bagi tips kat sini??? Kalau ada kawan2 kongsikan lah yer....share is caring!!! Isha...what say you?

Intan sendiri pun umur baru setahun jagung, nak bagi banyak tips tak berapa nak ada, cuma apa yang boleh Intan kongsikan bersama ialah tips belajar tanpa stress dari pengalaman sendiri:-

  • Belajar hari2 walaupun sekejap at least 15 minit, jgnlah 1 saat plak pas tu tutup buku, tu lebih baik tak payah usik buku tu, kalau buku pandai bercakap pun dia akan kata "hampehhhhh betul org ni!"
  • Belajar subjek yg kita rasa kita agak lemah, so fokus kat subjek tu dulu!
  • Belajar santai....mksdnya kita boleh belajar sambil dengar radio, sambil tgk tv. Namanya pun santai so santai aje lah...jgn stresskan kepala hotak kita.... take it easy!
  • TETAPI bila tiba subjek susah atau topik yang susah, kalau boleh tutupkanlah radio atau TV, agar kita boleh lebih fokus, so sekaligus kita akan lebih memahami.
  • Bila esok nak exam, jgn beriya sgt study kerana otak kita akan lebih cepat stress, Intan biasanya akan relaks aje sambil selak2 buku pas tu relaks dan just hadapi exam...thats it!
  • Yang penting: jgn lupa beriadah! Main aje ler apa2 permainan yg mencergaskan badan dan minda. Santai di taman awam, so boleh lihat pemandangan hijau!
  • Last but not least: Chatting dengan kwn tak kisahlah melalui sms ke, fb ke apa2 aje media komunikasi yang anda ada! Just 4 release stress! Coffee break
Apa2 pun jgn lupa belajar! Setiap kita mempunyai cara belajar yang berbeza, ikutlah mana yg kita rasa sihat utk diri kita dan otak kita terutamanya......just santai dan jgn stress ya!


HAPPY STUDYING EVERYONE! ^__^

2 comments:

  1. Beginikah cara Intan belajar... Berguna juga... Terima kasih kerana berkongsi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmmm....sekadar berkongsi apa yg ada....mana yg bermanfaat tu moga dpt digunapakai.... - Intan -

      Delete