Sunday, 7 July 2013

cerpen : idola hatiku

                      Idola hatiku  J
“idola hatiku” semua pasti ada idola masing-masing .. aku juga, idolaku bernama Siti Nur Shafina Binti Mohd Zamani. Dia bukanlah tokoh yang disegani, dia juga bukanlah artis yang dikenali. Dia hanya manusia biasa yang tidak punya kuasa luar biasa atau pun kelebihan. Dia juga tidaklah secantik mana, muka sederhana.. tetapi hatinya seputih melati. Sejak pertama kali aku mengenalinya, dia seorang yang begitu pendiam…sewaktu itu aku merupakan pelajar baru. “mari,kongsi buku dengan saya” katanya kepada aku. Bermula disitulah detik perkenalan kami berdua. Kawan-kawanku yang lain menganggap Shafina tidak punya perasaan, kerana sikapnya… dia tidak pernah menangis apalagi marah, Cuma dia tahu ketawa dan terus ketawa, tetapi aku tahu… jauh di sudut hatinya tersimpan seribu satu kesedihan yang tidak dapat ditafsirkan. Aku menjadikan dia idola selepas aku melihat akhlaknya, Aku jenis yang panas baran, kalau sedang marah.. pasti Shafina yang akan aku maki hamun. Namun dia tetap tersenyum dan bertanya “nisha kenapa?”
Pernah sekali, salah seorang rakanku menjatuhkan botol kesayangannya lalu botol itu pecah, Shafina masih tersenyum lalu berkata “tidak apa” . Begitu sabarnya dia sehingga masih boleh tersenyum. Keluarganya orang susah, ibunya pula sakit. Dia merupakan anak sulung… jadi banyak tanggungjawab yang harus dipikulnya. Begitu tabahnya dia menjadikan aku semakin mengagumi dia. Setiap hari dia ke sekolah membawa wang saku sebanyak RM 2 manakala aku membawa RM 3 . Selalunya aku menghabiskan wang saku aku, manakala Shafina akan menyimpan lagi seringgit dari wang saku nya. Dia sentiasa mahu mengikut apa yang aku belanjakan hingga sanggup menggunakan duit tabung semata-mata mahu  mengikut apa yang aku beli. Pada hari jadinya, aku  menghadiahkan dia seutas jam tangan bewarna hijau, sehingga kini dia  memakai jam itu walaupun jam itu sudah tercabut jarumnya. Dia kata dia sayangkan  jam itu sangat. Pada hari jadi aku pula dia membuat kejutan di sekolah dengan membeli kek dan membuat majilis kecil kecilan, terharunya aku… kemudian dia menangis lalu memeluk aku,  katanya “ kite tidak ada hadiah nak bagi dekat nisha”  kemudian aku menjawab “shafina merupakan hadiah terbaik nisha ada”..
Aku pernah bercinta monyet, kemudian dengan lembut Shafina menasihati aku, mulanya aku tidak boleh terima tetapi shafina berkata “kalau nisha sayangkan Allah, nisha janji tidak akan couple ya?” serta merta hatiku sebak mendengar kata-kata shafina. Hanya Shafina yang memahami aku walaupun apa jua orang mengutuk atau mengumpat pasal aku, Shafina sentiasa menafikan . Dia tidak pernah mengata orang apalagi menghina, Jika dia tidak suka dia akan bercerita kepada aku… Semua masalah aku luahkan kepadanya, namun tiada satu pun yang terbocor dari mulutnya. Begitu dia menjaga rahsia. Katanya “kalau kita buka aib orang, satu hari ALLAH akan buka aib kita pula” aku ingat pesannya.
Satu hari, aku pitam lalu aku dibawa ke bilik kesihatan.., beberapa orang rakan ku bercerita kepada yang lain yang sebenarnya aku berlakon pitam padahal memang aku pitam, Shafina begitu marah mendengar cerita itu tapi dia tidak menceritakn kepada aku kerana bimbang aku sakit hati. Tetapi dengan TakdirNYA cerita itu sampai ke telinga aku, Begitu marahnya aku sehingga aku termaki Shafina dan tidak bercakap dengannya , Namun dia tidak ambil hati walaupun sedikit dengan baik dia berkata “janganlah marah dekat shafina”. Aku tahu salahku dan segera aku meminta maaf. Katanya “shafina sentiasa maafkan Nisha’
Aku suka akan sikapnya yang sabar,tabah dan berjiwa besar itu. Dia pernah berkata “satu hari Shafina nak kerja sama dengan Nisha, nak duduk satu rumah.. kita sama-sama kaya nanti boleh pergi Mekah”. Dia sentiasa tersenyum, tetapi aku tahu dia menangis di dalam hatinya. Senyum itu menutupi segala kesedihannya. Setiap kali aku sampai di sekolah , soalan pertama yang dia akan bertanya adalah “solat subuh tak?” Setiap hari dia bertanya soalan yang sama, jika aku kata tidak, dia akan menggeleng dan tersenyum lalu berkata “kenapa? Nanti qada’ ya”  dengan lembut dia menegurku.


Mungkin idolaku tidak sehebat anda semua, Mungkin dia tidak sepopular mana, tapi imannya seputih  mutiara… Akhlaknya setinggi gunung.. Dia merupakan Idolaku yang kedua,  yang pertama sudah pastilah Rasulullah SAW manusia yang sempurna dan tiada cacat celanya.  Bak kata pepatah  “mempunyai sahabat itu lebih baik daripada mempunyai 1000 kawan”.  Shafina, Nisha akan selalu ada disisi Shafina J

No comments:

Post a Comment