Assalamualaikum,
Hehehe,awak semua sudah tahukah?Apa?Belum tahu?Sini saya beritahu.Blog ini juga ada group tau!Mahu join?Joinlah.. :) Nanti akan diadakan pertandingan dan akan ada hadiah misteri.Mahu tahu hadiahnya?Eh,nama pun misteri mestilah rahsia sulit!Baiklah,kita sambung baca cerpen Superhero paling Gorgeous ya! :D
_________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Suspen?Mahu tahu siapa orangnya?Followlah blog ini!Jangan risau kerana cerpen ini hampir ke penghujung.Jadi,bersabar wahai pembaca..(berlakon macam penulis yang popular)Semoga terhibur!
xoxo:Aina yang manis :P
Hehehe,awak semua sudah tahukah?Apa?Belum tahu?Sini saya beritahu.Blog ini juga ada group tau!Mahu join?Joinlah.. :) Nanti akan diadakan pertandingan dan akan ada hadiah misteri.Mahu tahu hadiahnya?Eh,nama pun misteri mestilah rahsia sulit!Baiklah,kita sambung baca cerpen Superhero paling Gorgeous ya! :D
_________________________________________________________________
“Sekarang kamu
berdua fahamkan apa yang terjadi?”tanya Enmam.Nek Jah telah menceritakan semua
yang terjadi kepada mereka.Memang terkejut dan tergamam apabila dapat tahu
mereka adalah seorang superhero.
“Oh!Jadi semasa pagi tadi,apabila
saya lompat tinggi macam belalang yang comel dan boleh membaca fikiran orang
adalah kebolehan saya?”tanya Amyliena ingin meminta kepastian.Nek Jah hanya
mengangguk.Amaliena mencebik apabila mendengar perkataan ‘macam belalang yang
comel’.
“Eww,perasannya kakak!Hmm,kalau itu
kebolehan kakak,maknanya kuasa saya adalah boleh mengubah penampilan orang
sesuka hati!Oh,bahagianya!Tidak perlulah membazir duit simpanan mahu membeli
baju baru!”ujar Amaliena dengan gembira.
“Kamu berdua sudah menjadi
superhero.Jadi,jangan salah gunakan kuasa yang sedia ada.Gunakan sebaik mungkin
untuk perkara yang baik dan bermanfaat.”nasihat Enmam.Kedua-dua kembar itu
mengganguk.
“Baiklah mama dan Nek Jah.Kami,ahli
kelab Superhero paling Gorgoeus yang baharu akan menentang penjahat dengan
bergaya dan sopan-santun”serentak kedua-dua kembar itu berkata dan mengangkat
tangan seperti berikrar.Beberapa saat selepas itu,pecah ketawa keempat-empat
orang disitu.
Amaliena dan Amyliena yang sedang
berjalan menuju ke kelas tiba-tiba dilanggar dari belakang dengan kuat.Serentak
mereka berdua menoleh ke belakang.
“Eh!Ifzul,saya rasa macam
terlanggar sesuatu tetapi tiada apa pun di sini.”perli Sarra Wardona.Ifzul dan
Sarra sememangnya mendendami pasangan kembar ini kerana kepandaian mereka yang
selalu cemerlang mendapat perhatian.
“Awak perasan sangat agaknya.Saya
lihat tiada apa-apa pun disini”jawab Ifzul.Mata dia dibuat-buat seperti tidak
nampak Amyliena dan Amaliena yang berada di hadapan mereka.
“Amalien,jom kita masuk ke
kelas.Ada pengemis yang terlanggar kita pula tadi kerana terdesak mahu meminta
wang.Nampaknya strategi mereka tidak menjadi pula kali ini”perli Amylie semula
memulang paku buah keras kepada mereka sambil menarik tangan adik kembarnya
masuk ke dalam kelas.
Tidak dihiraukan Ifzul dan Sarra
yang berada dihadapan mereka.Amylie masih ingat,Ifzul pernah meminjam wangnya
sebanyak 20 ringgit tetapi masih tidak dipulangkan.Amylie hanya menghalalkan
duit tersebut.
Ifzul dan Sarra menjeling mereka
dan berlalu pergi ke kelas mereka kerana cikgu sudah sampai.Mereka masih tidak
berpuas hati dengan pasangan kembar itu.
Loceng sekolah sudah berbunyi,tiba
masanya murid-murid pulang ke rumah.Amyliena dan Amaliena yang pulang ke rumah
dengan basikal merah jambu yang dihadiahkan Nek Jah kepada mereka.Dengan hati
yang senang,mereka berdua pergi ke tempat yang dikhaskan untuk memakir basikal.Sampai
sahaja di sana,ada kejutan menunggu.
“Amalien,tahun ini Pesta Buku
Antarabangsa akan berlangsung di PWTC.Kita kongsi duit dan beli pakej 200
nak?”tanya Amylie sambil membuka rantai basikal.
“Mestilah nak!Memang adik dah
teringin sangat mahu baca buku terbaru Ain Maisarah.Kalau kakak mahu tahu,nanti
ada penulis lain yang akan berada di sana
bersama Ain Maisarah.Oh,memang tidak sabar mahu pergi!”ujar Amalien
bersungguh-sungguh sambil matanya pandang ke atas dan mendongak.Mungkin
membayangkan dirinya bertemu penulis-penulis tersebut.
“Hmm,kakak mahu bertemu empat mata
dengan penulis yang berganding dengan Ain Maisarah dalam siri Dongeng Sri
Bangsar iaitu Izanor Sharif.Aduhai,akak tidak sabar sungguh mahu baca buku Pink
Riding Hood dan Serigala Tembam.Cover buku itu memang comel sangat!Macam
tahu-tahu sahaja kakak sukakan cerita dongeng”luah Amyliena.
“Eh,adik!Tayar kakak
bocorlah.Aduh!Ini mesti ada yang mahu sabotaj kita.Mesti Ifzul dan Sarra masih
tidak puas hati lagi dengan kita.Hmm,boleh kakak tumpang basikal kamu?”tanya
Amyliena.
“Kita senasiblah,kakak.Tayar
basikal saya pun bocor seperti ditoreh oleh pisau.Nampaknya kita memang kembar
yang serasi!Seorang demam,pasti seorang lagi demam.Tayar basikal kakak
bocor,tayar basikal saya pun bocor.Haih..”beritahu Amalien sambil bergurau.
“Apa nak buat.Tayar basikal
bocor,memang sudah sampai seru untuk diganti tayar basikal ini
agaknya.Hmm,kalau begitu kita pulang ke rumah jalan kaki sahajalah”cadang
Amyliena.Amaliena mengangguk setuju dan memulakan perjalanan mereka sambil
menuntun basikal merah jambu mereka.Namun,apabila mereka melalui lorong yang
jarang digunakan,ada lagi kejutan yang datang.
“Eh!Kakak cuba lihat disana itu.Kenapa ramai
sangat lelaki yang pelik berkerumun di situ?Kakak saya rasa tidak sedap
hatilah.”adu Amaliena kepada Amyliena.
“Adik tidak perlu risau.Kita
superhero paling ‘gorgeous’ mana boleh takut.Habislah keayuan kita nanti”gurau
Amyliena sambil ketawa kecil untuk menyedapkan hati adik
kembarnya.Walhal,hatinya juga turut berdebar seperti baru sahaja berlari.
Tiba-tiba
Amaliena dengan beraninya menjenguk keadaan.Dari celah-celah lelaki di
situ,Amaliena melihat orang yang sangat dikenalinya.Dia yang terkejut memanggil
kakaknya.________________________________________________________________________
Suspen?Mahu tahu siapa orangnya?Followlah blog ini!Jangan risau kerana cerpen ini hampir ke penghujung.Jadi,bersabar wahai pembaca..(berlakon macam penulis yang popular)Semoga terhibur!
xoxo:Aina yang manis :P
No comments:
Post a Comment