Wednesday, 26 June 2013

Final Aku mahu dikenali

hey.. ni yang terakhir.. nak abeskan sebab nak sambung novel blog isha lagi satu.. so hope enjoy it :)
*********************************************************************************

BAB 5 (final)
Aina menghempaskan beg sekolahnya di atas katil,  matanya bengkak dan hidungnya berair.. dia kecewa dengan sikap Ziela. “Apa salah aku?! Aku ?” aina menyalahkan dirinya sendiri.Lalu dia tertidur dalam keadaan diri yang lemah…
Ziela mengemas biliknya yang bersepah, dia menyusun bingkai gambar di sudut biliknya, “prakk” satu bingkai gambar terjatuh. Ziela segera mengambil dan menatap gambar itu.. gambar dia dan aina… dia rindu aina.. dia menangis . segera dia mencapai telefon bimbitnya m dan mendial nombor aina. “tet” tidak diangkat. Dia teringat sikapnya yang menjengkelkan itu. “ahh teruknya aku!” dia terus mencapai tudung kepala dan mengambil kunci motor. Niatnya ingin ke rumah aina dan meminta maaf. “eh mahu kemana senja begini?” Tanya ibu Ziela.. “kakak mahu ke rumah aina bu..” jawab ziela. “eh kamu tidak tahukah? Kan Aina dan kelurganya pindah mengejut kerana ayahnya ditukar kerja di Sarawak. Mereka sudah pun bertolak tengah hari tadi” maklum ibunya. Ziela terpaku, mungkin berita ini yang aina ingin sampaikan kepadanya di sekolah tadi, ahh” Ziela menangis dan memeluk ibunya.. “ibu.. kakak sakitkan hati aina.. kakak tak layan dia 2 3 hari  bu..” teresak-esak tangisan Ziela. Ibunya tersenyum.


Tiba-tiba, muncul Aina di belakang ibunya.. dia tersenyum melihat rakannya itu. Ziela terkejut dan segera meluru kea rah  Aina.. “awak jahat! Awak tipu saya” ziela marah, “awak yang jahat pada saya,,” aina membalas. Sebenarnya rancangan ke Sarawak itu sekadar pelan ibunya  mahu menyedarkan Ziela yang kebelakangan ini berubah sikap. Sehingga ibunya juga perasan. “saya janji saya tak buat lagi.. saya insaf” “Aku tak mahu dikenali ramai” gerutu hati Ziela sambil memeluk Aina..

No comments:

Post a Comment