"umi! buat apa tu?!" sergah Eyra dari belakang uminya. "astaghfirullah hal azim! umi tengah lipat baju" uminya beristighfar lalu menyindir eyra. eyra mencemik lalu mengambil secawan milo panas dan duduk di meja makan. "eh kamu tak ke mana ke hari ni? " uminya bertanya sambil menggoreng cucur udang. "tak ke mana kot.. esok dah masuk kolej yang umi daftarkan hari tu." jawab eyra. "baguslah tolong umi boleh? barang dapur dah habis.. boleh tolong belikan?" uminya menjawab.. "Assalamualaikum!" kedengaran ada orang memberi salam. "siapa itu?" eyra menjenguk lalu mencapai tudung. "hai!" dani melambai sambil tersenyum di muka pintu. "la dani.. masuklah.. langkah kanan.." eyra membuka pintu.. " la ye ke.." dani berseloroh.. "apa khabar mak lang?" dani mencium tangan umi eyra lalu duduk di meja makan bersama eyra. "sihat.. baguslah kamu datang., boleh temankan eyra beli barang dapur sikit.. boleh? tanya umi. "eh boleh.. apa salahnya kan?" dani mengjongket kening ke arah eyra yang sedang menikmati cucur udang. "ha?ape? boleh.." eyra kebingungan.. dani dan uminya seretak menggeleng..
"eh makan la dani.. takkan lihat sahaja"pelawa umi.. "itulah mahu makan ni.. tunggu orang tu pelawa dia makan seorang je," sindir dani. eyra menjelirkan lidah seperti kanak-kanak. "lepas makan pergi bersiap, pergi dengan dani ye."maklum umi kepada eyra. eyra mengangguk. "eh eyra masuk kolej mana?"tanya dani. "MSU .. esok masuk.." beritahu eyra. "eh ye ke? sama la kita, dani pun masuk situ, dekat pun dekat" kata dani. "kalau ayah kamu ada mesti dia gembira" uminya bersedih.. "umi... jangan la macam tu.. " eyra memandang muka uminya.. "tak ada apalah!" uminya menyambung kerja tadi. Eyra dan Dani saling berpandangan..
"dah. jom la.. tak habis makan lagi?" eyra menegur dani sambil membetulkan tudungnya, "sabarla." dani membasuh tangan di sinki.. "jom la " giliran dani mengarah. "my car! " maklum eyra.." no! my car!" dani pula.. "ish2.. ape ni.. naik kereta umi tu.." uminya meredakan pergaduhan mereka sambil menghulur kunci kereta Audi miliknya.. "sudah besar pon gaduh lagi." uminya menggeleng.. mereka tersenyum.
"eyra nak drive.." eyra memegang pintu kereta driver. "no dani drive,." sekali lagi mereka bergaduh.. "Ya ALLAH ape lagi tu?" kedengaran uminya menjerit dari dalam rumah.. "ya lah.. dani drive" eyra mengalah.
"sekarang nak pergi mane?" tanya dani sambil memakai tali pinggang .. " Tesco and Jusco" jawab eyra sepatah. dani mengangguk.
"beli barang sudah! tinggal isi perut je " dani menjongket kening. "ish umi dekat rumah tunggu barang-barang ni semua.. umi nak masak.." maklum Eyra " ku tahu ku adamu " lagu telefon bimbit eyra berbunyi. punat hijau ditekan. "hello?" "assalamualaikum.. eyra.. umi keluar dengan Mak long kamu dan umi terbawak kunci rumah. kamu jalan-jalan la dulu ye" kata uminya dalam telefon.. "oh.. okey.." jawab eyra.. dani terseyum .."so? nak gi mane?" tanya dani.. "entahla. :/" eyra mendengus.. "jom! kita makan Mary brown. " dani menarik tangan Eyra. Selesai makan, mereka berjalan-jalan sekitar jusco..
"eh best ape cerita tadi.." rancak eyra dan dani berbual sehingga ke dalam rumah. 'amboi-amboi seronoknya berbual ya!" uminya menegur, manakala ibu dani juga berada di situ merangkap mak long eyra.. "kamu berdua ke mana?" tanya mak long nya. "kami jalan-jalan je.. tengok wayang kemudian pulang" maklum dani. "eh Eyra kamu sama kolej dengan dani ya?" tanya mak long lagi. "ha'ah mak long. esok hari pertama " eyra mengiyakan. "oh bolehlah pergi sekali" uminya menyampuk. mereka saling tersenyum Eyra melihat mereka seperti menyembunyikan sesuatu.... eyra memandang dani. dani menjongket bahu tanda tidak tahu..
*
'pin pin' kedengaran hon kereta di luar rumah Eyra, kelam mabut Eyra melilit tudungnya. Mana tidaknya sudahlah terlambat bangun.. hari pertama ke kolej pula! "ish budak ni tak boleh sabar ke" marah Eyra . dia turun ke bawah dan mencapai kunci keretanya " eh kamu tak sarapan dulu? dani pun ada " tegur uminya. Eyra terpaku.. "dani ada? dia buat apa kat sini? bukan ke hari ni hari pendaftaran?" eyra bingung.. "eh kan ditunda .. kamu tak dapat mesej dari pihak kolej? dani dapat.." maklum uminya.segera eyra membuka telefon bimbitnya. "eh memang ada" eyra terseyum sendiri. "eh nak gi mana pagi pagi ni?" tegur dani apabila melihat eyra menarik kerusi duduk disebelahnya."eyra ingatkan.." tak sempat uminya berkata.. eyra membalas " err.. nak keluar.. ha keluar" dia menutup malunya.. kalau dani tahu dia bersiap untuk ke kolej pasti diketawakan. "yang dani hon kereta tadi kenapa?" tanya eyra mencari kepastian. "eh mane ade.. silap orang ni.. dani dari tadi duduk sini" maklum dani. "oh ye ke.." eyra membalas.. sesudu nasi goreng disuap perlahan-lahan ke dalam mulut.. "umi bila abang firash pulang"? tanya eyra kepada uminya. "dia kata ramadhan nanti dia balik sini bawak kak diana kamu sekali " jawab uminya.. "ohh.. rindu kat Amy.." maklum Eyra.. "lah kalau rindu biar kita pergi sana" dani menyampuk. "eleh sibuk je.. awa tu dahlah pagi pagi sudah terpacak kat rumah orang" eyra mencebik ,, " aish.. kenapa cakap macam tu eyra.. tak baik .. tetamu tu" tegur umi.. "err sorry dani .. eyra gurau je..
*
"petang ni umi nak pergi melawat farish, katanya minggu depan dia ada pertandingan pidato peringkat daerah.. nak bagi semangat sekali bagi baranng barang .." maklum umi.. "oh ye ke? dani nak ikut la.. rindu nak dengar dia menyanyi " dani menyampuk. Eyra memandang dani sinis.. "kenapa?" dani serba salah. "taklah awak ni semua mahu ikut.. sibuk sahaja!" eyra menjuihkan bibirnya.. Dani mencubit lengan eyra.. "eh biarlah.. adik awak.. adik saya juga.. hahahaha cemburu kan?" gilirak dani mengusik Eyra.. "mana ada!" eyra berdalih.. "hai.. sudah.. semua ikut nanti.. mama kamu pun ikut Dani" kata umi meredakan mereka.. "kan?" eyra lari ke tingkat atas. Dani mencebik.
No comments:
Post a Comment