Assalamualaikum, :)
Seperti yang anda maklum,blog ini ditubuhkan untuk anda baca karya dari kami.Tidak perlu bayar,semuanya percuma :P Jadi,rajinkanlah diri untuk tinggalkan komen special dan istimewa untuk penulis :D Oh,lupa saya hendak perkenalkan diri.Mungkin anda sudah tahu tentang kuasa empat bukan?Atau mungkin anda masih baru dan tidak tahu apa-apa :O Okeyh,kita repost gambar tentang kuasa empat!(Bolehkan kak? XD)
Bersambung~
________________________________________________________________________
Huh?Bagaimana?Seronok?Suspen atau bosan?Silalah komen :) Mahu tahu lagi kisah mereka,follow lah blog ini ^_^
xoxo:Aina yang cantik :P
Seperti yang anda maklum,blog ini ditubuhkan untuk anda baca karya dari kami.Tidak perlu bayar,semuanya percuma :P Jadi,rajinkanlah diri untuk tinggalkan komen special dan istimewa untuk penulis :D Oh,lupa saya hendak perkenalkan diri.Mungkin anda sudah tahu tentang kuasa empat bukan?Atau mungkin anda masih baru dan tidak tahu apa-apa :O Okeyh,kita repost gambar tentang kuasa empat!(Bolehkan kak? XD)
Okeyh,cuba teka yang mana satu saya.Semua comel-comel kan? xd Hurm..biar saya beritahu,nama saya Nur Dzuhaila Aina.Sudah tahu yang mana satu saya?Okeyh,buat tak tahu sahaja.Harap maklum Xd
Memandangkan blog ini masih baru,saya minta tolong promotekan blog ini,boleh?*kelip mata macam puss in boot.Hahaha..Baiklah..Sudah tahu pasal saya,kali ini saya mahu hadiahkan sebuah cerpen.TETAPI cerpen ini ada tiga bahagian dan ia akan di post mengikut part 1,2 dan 3.Nampaknya ada orang kecewa bukan?Sabarlah..Jadi,nikmatilah bahagian pertama cerpen pertama saya ^_^
_______________________________________________________________________
“Nek Jah!Nek Jah!”Enmam Mainbong yang mengandung bayi
kembar yang berusia 8 bulan terpekik-pekik seperti terkena histeris memanggil
Nek Jah.
“Eh!Enmam,kenapa kamu menjerit macam orang gila?Sudah hendak
bersalinkah?Bukankah kandungan kamu baru mencecah 8 bulan?”tiba-tiba Nek Jah
yang muncul entah dari mana menegur Enmam Mainbong.Memang terkejut betul dia
apabila Enmam menjerit memanggil namanya.Dia melihat Enmam dengan penuh hairan.
“Ish!Nek Jah,bukan itu sebabnya saya panggil Nek Jah tetapi sebabnya ini!”
Enmam menghulurkan Nek Jah kelalang kon yang mengandungi cecair seperti susu.
“Apa ini Enmam?Ini susukah?Mengapa bancuh susu di dalam ini?”tanya Nek
Jah kebingungan.
“Nek Jah,ini bukan sekadar susu biasa.Ini susu ajaib dan lain daripada
yang lain.Inilah susu Enmam Waterna.Susu yang menguatkan kalsium bayi.Jadi,bayi
akan sihat dan menjadi pintar!”bersungguh-sungguh Enmam memberitahu serba
sedikit maklumat tentang susu yang baru mendapat gelaran Enmam Waterna.
“Oh!Patutlah kamu terpekik-pekik panggil Nek Jah.Baru Nek Jah
faham.Kalau kamu mahu tahu,Nek Jah pun ada membuat satu cecair yang boleh
membuat seseorang itu terus bertukar menjadi superhero.Nama cecair ini Aku Mahu
Jadi Superhero.Warnanya juga sebijik seperti susu Enmam Waterna kamu itu”ujar
Nek Jah.Enmam Mainbong membeliakkan matanya apabila mendengar kata-kata dari
mulut Nek Jah sebentar tadi.
“Biar betul Nek Jah!Hebatnya!Nama seperti tajuk buku siri Aku Mahu yang
ditulis oleh Ain Maisarah”puji Enmam.Terkembang-kempis hidung Nek Jah.
“Namun,cecair itu mengambil masa
yang lama untuk meresap sepenuhnya dalam badan.Mungkin berjam-jam.Mungkin juga
bertahun-tahun.Tetapi jika sukatannya digunakan untuk seorang bayi,ia mengambil
masa selama 16 tahun lamanya.”Nek Jah memberitahu lebih lagi maklumat tentang
cecair Aku Mahu Jadi Superhero itu.Dia meletakkan cecair yang berada di dalam
kelalang kon itu disebelah susu yang baru dihasilkan oleh Enmam.
“Saya sarankan Nek Jah simpan
cecair itu untuk kegunaan masa depan.Jika ia jatuh ke tangan penjahat,habislah
kita nanti”ujar Enmam.Nek Jah dan Enmam menjadi rapat apabila mereka
bersama-sama menubuhkan Kelab Superhero Paling Gorgeous.Sudah tiga tahun
menubuhkan kelab tersebut,suami tersayang Enmam telah meninggal dunia kerana
kemalangan semasa dia mengandung dua bulan.Dengan hati yang terbuka,Nek Jah
mempelawa Enmam tinggal bersamanya.Enmam setuju sahaja dengan cadangan itu
kerana tidak sanggup mengimbas kembali kenangannya bersama suami di rumah itu.
Dengan pantas,Enmam meminum cecair
yang baru dihasilnya.Namun,dia tidak sedar akan sesuatu.Nek Jah yang mahu
mengambil cecair Aku Mahu Jadi Superhero itu terkebi-kebil.Enmam yang sudah
habis meminum cecair itu dipandangnya.Kemudian,baru dia tersedar sesuatu.
“Eh!Enmam!Alamak!Habislah!Enmam,mengapa
kamu ambil kelalang kon yang berada di belah kanan?Itu cecair Aku Mahu Jadi
Superhero!Bukan susu Enmam Waterna!”beritahu Nek Jah sambil menjerit kecil.
“Alamak!Habislah!Bayi-bayi!Apa akan
jadi nanti Nek Jah?”tanya Enmam.Nek Jah menggeleng kepalanya beberapa kali.
“Emm,memang tak boleh buat apa.Bayi
kembar kamu nanti akan jadi superhero seperti Nek Jah katakan tadi.16 tahun
akan datang,mereka akan menjadi superherolah gamaknya”ujar Nek Jah disulami
gurauan.
16 tahun kemudian…
“Selamat Hari Lahir yang
ke-16,Amyliena dan Amaliena!”jerit Enmam dan Nek Jah kepada dua orang gadis di
hadapan mereka.Tangan Enmam memegang kek berperisa Red Velvet manakala Nek Jah
memakaikan Amyliena dan Amaliena topi kertas.
“Terima kasih!”ujar kembar itu
serentak.Tersenyum lebar mereka berdua sambil masing-masing memeluk Enmam dan
Nek Jah.Kek itu dipotong selepas menyanyikan lagu untuk mereka.Selesai mereka
berempat menikmati kek di meja makan.Mereka mengemas meja makan.
“Amylie dan Amalien”seru Nek
Jah.Muka gembira Nek Jah tiba-tiba bertukar menjadi serius.Dia memandang muka
pasangan kembar seiras itu bergilir-gilir sebelum melihat muka Enmam.
‘Nampaknya masanya sudah tiba’ujar Enmam di dalam hati.
“Kamu berdua pergilah masuk
tidur.Biar mama dan Nek Jah kemaskan semua ini”arah Enmam.Amaliena berbalas
mata dengan Amyliena.Amyliena hanya mengangkat bahu lalu kedua-duanya berlalu
ke atas.
_________________________________________________
Keesokkan harinya,apabila mereka
berdua bangun dari tidur.Pelbagai perkara aneh berlaku.Antaranya..
Peristiwa pertama~
Amyliena yang baru bangun dari
tidur terlompat apabila melihat kodok yang digeruninya.Malangnya,dia terlompat
tinggi hingga terkena siling.
“Aduh!Sakitnya!”adu
Amyliena.Amaliena yang melihat kejadian yang kelakar itu sudah ketawa
terbahak-bahak sambil memegang perut.
“Kakak,tingginya kau lompat.Paling
tinggi aku pernah nampak.Nampak seperti belalang tersalah lompat
tinggi-tinggi!”ujar Amalien sambil ketawa.
“Ish!Sakit tahu tak?Kau nak merasai
kesakitan ini jugakah?”ugut Amyliena.Terus terdiam dan terhenti ketawa
Amaliena.
“Huh!Muka buruk seperti itik hodoh
yang baru bangun!Ada
hati mahu mengugut orang!Kodok yang comel itu pun mahu takut!”
“Hah!Apa kamu kata?Kodok comel?Muka
seperti itik hodoh?”keras suara Amyliena.
“Eh,mana ada saya kata apa-apa.Saya
tidak buka mulut pun dari tadi.”ujar Amaliena membela dirinya.Amyliena
menjeling adik kembarnya dan mahu berlalu ke tandas untuk mandi.
“Macam mana dia boleh dengar?Dasyat
betullah.”
“Apa yang dasyatnya?Kamu cakap
kuat-kuat,memang kakak boleh dengarlah.”Amyliena berkata sambil pusing
menghadap adiknya.Tergamam Amaliena.
“Eh!Kakak,saya cuma bercakap di
dalam hati.Macam mana kakak boleh dengar?Kakak guna kuasa sihirkah?”tanya
Amaliena curiga.Pelik Amyliena mendengar kata-kata adiknya.Dia terus berlalu dan
tidak ambil kisah tentang itu.
Peristiwa kedua~
“Aduh!Mahu pakai baju apa
ini?Semuanya sudah dipakai selalu dan tidak cantik lagi”rungut
Amaliena.Amyliena yang baru siap membersihkan diri menegur sikap adik
kembarnya.
“Tak perlu memilih sangat!Cepatlah,mama
dan Nek Jah masih menunggu di bawah!”keras suara Amyliena.Tiba-tiba Amaliena
terbersin.
“Ish!Adik ini mesti mandi air sejuk
lagi kan ?Kalau
demam nanti macam mana?Kakak risaulah dengan kamu ini.Orang mandi air panas pagi-pagi,dia
mandi air sejuk.”tergeleng-geleng kepala Amyliena.Amaliena hanya
tersengih-sengih seperti kerang busuk.Tiba-tiba ada kilauan bewarna merah jambu
mengelilingi mereka berdua dan dengan sekelip mata penampilan mereka berubah!
Pasangan
kembar itu terus menjerit sekuat hati.Bersambung~
________________________________________________________________________
Huh?Bagaimana?Seronok?Suspen atau bosan?Silalah komen :) Mahu tahu lagi kisah mereka,follow lah blog ini ^_^
xoxo:Aina yang cantik :P
No comments:
Post a Comment